Wednesday, 4 February 2015

Jadual dan Lokasi Karnival Jom Masuk U 2015

Karnival Jom Masuk U - Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015


 
Jadual, tarikh dan lokasi Karnival Jom Masuk U 2015. Karnival Jom Masuk U 2015 atau juga dikenali sebagai Karnival Pendidikan Tinggi Negara akan dilangsukan buat kali Ke-11 (2015). Karnival yang memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar melanjutkan pengajian terutama untuk lepasan SPM 2014 ini akan bermula pada 14 Februari sehingga April 2015 di lokasi-lokasi terpilih seluruh Malaysia.

Acara karnival Jom Masuk U ini merupakan program tahunan yang sering dinanti-nantikan oleh para pelajar lepasan SPM dan STPM yang baru sahaja menghabiskan peperiksaan. Tujuan utama Karnival Jom Masuk U 2015 adalah untuk membuka peluang dan pendedahan kepada pelajar serta calon lepasan SPM  serta STPM mengenai program atau kursus yang ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.

Jadual dan Tarikh Karnival Jom Masuk U 2015

Lokasi Karnival Jom Masuk U 2015

Zon 1 - Pahang - Sultan Ahmad Shah International Convention Center (SASICC)
Zon 2 - Penang - Perpustakaan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM, Kepala Batas
Zon 3 - Melaka - Melaka International Trade Center (MITC) Ayer Keroh
Zon 4 - Selangor - Padang Kawad Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuala Lumpur
Zon 5 - Perak - Stadium Indera Mulia, Ipoh
Zon 6 - Johor - Padang Kawad Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat
Zon 7 sehingga Zon 9 masih lagi belum ditentukan.

0 ulasan:

Post a Comment

Copyright © 2014 MARKET & BOOKU.COM