Monday, 2 February 2015

Kucing Dengan 30 Nyawa



Ramai orang berkata kucing mempunyai 7 nyawa, tetapi seekor kucing di Britain masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali.


Apabila pemilik kucing yang dinamakan Hope itu berdarah, beliau menyangkakan haiwan kesayangannya itu diserang anjing. 

Bagaimanapun selepas dibawa ke klinik haiwan, doktor memberitahu yang badan kucing itu penuh kecederaan akibat tembakan. Kebanyakan kecederaan di belakang dengan empat peluru di kepalanya. 

Pakar perubatan mengeluarkan sebahagian 10 serpihan tetapi berputus asa mengeluarkan yang lain kerana bimbang akan mendatangkan komplikasi. 

 Bukti daripada imbasan x-ray ke atas Hope

Persatuan Diraja Mencegah Kekejaman Haiwan (RSPCA) membuka siasatan ke atas kes itu. 

Inspektor (RSPCA), Amy Collingsworth berkata, “Hope sangat mesra dan kucing yang menawan dan agak sukar memahami mengapa seseorang mahu menembak haiwan tidak bersalah,”. 

sumber: dailymail.co.uk 

0 ulasan:

Post a Comment

Copyright © 2014 MARKET & BOOKU.COM