Monday, 2 February 2015

Orang Bangla Bakal Jadi Suku Kaum Ketiga Terbesar di Malaysia?


Pertama sekali memohon maaf andai entri ini bersifat perkauman, tetapi inilah isu yangingin ketengahkan. Membaca berita di akhbar-akhbar utama semalam,jadi terkejut. Seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini bermula awal tahun depan dan mereka juga bakal diberi kad pengenalan khas. 1.4 juta? Seriously? Campur dengan yang ada sekarang ni di Malaysia (kira-kira hampir setengah juta), besar kemungkinan orang Bangla bakal jadi suku kaum ke-3 terbesar di Malaysia menggantikan kaum India selepas ini. Ia bukan mustahil.



Ini petikan berita semalam dari Utusan Malaysia:
PUTRAJAYA 22 Ogos - Seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan, bakal mempunyai kad pengenalan khas. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kad pengenalan khas itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch & Go).

"Warnanya pula akan ditentukan mengikut sektor pekerjaan bagi mengelakkan mereka bertukar-tukar kerja," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerja Luar Negara Bangladesh Khandker Mosharraf Hossain di sini hari ini.

Beliau berkata, jika didapati pekerja tersebut menukar sektor, mereka boleh didenda sehingga RM12,000, pekerja yang dibawa masuk itu juga telah menjalani proses tapisan bagi memastikan mereka tidak pernah terlibat dengan jenayah. 

Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid berkata, perbincangan mengenai perumahan sementara kepada pekerja berkenaan turut dibincangkan. - BERNAMA


Mengapa  mereka (orang Bangla) tidak mustahil menjadi suku kaum ke-3 terbesar di Malaysia? Well, a simple math will do...

Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran, jumlah penduduk Malaysia kini adalah 28.3 juta orang. 

Dari jumlah ini: 
  • 92% adalah rakyat Malaysia (26.03 juta orang)
  • 8% bukan rakyat Malaysia (2.4 juta orang). Jumlah ini terdiri daripada pekerja asing, permastautin yang berdaftar secara legal. Yang illegal tidak termasuk lagi tetapi dianggarkan mereka berjumlah antara 2-3 juta orang.
  • 67.4 % (17 juta orang) adalah bumiputra
  • 56.4% (14.7 juta orang) adalah kaum Melayu
  • 24.6% (6.4 juta orang) adalah kaum Cina
  • 7.3% (1.9 juta orang) adalah kaum India
Ini adalah komposisi 3 suku kaum terbesar di Malaysia. Sila perhatikan jumlah kaum India di Malaysia. Hanya 1.9 juta orang.

Inilah situasinya. Dengan kemasukan 1.4 juta warga Bangladesh pada tahun depan, dan dicampur dengan mereka yang sudah berada di negara ini (kira-kira 0.5 juta orang), bakal menyamai malah berkemungkinan melebihi jumlah kaum India di negara ini. Dan dengan ini menjadikan mereka suku kaum ke-3 terbesar di Malaysia!


Sekarang ini saja, pergilah ke mana ceruk pun di bumi Malaysia ini, pasti akan bertembung dengan kaum Bangla ini. Pekan-pekan, bandar-bandar kita dipenuhi dengan mereka. Berjalan-jalan di KL, terasa seperti berjalan di Dhaka (Bangladesh) saja! (walaupun  belum pernah lagi menjejakkan kaki di Dhaka).

Naik bas, naik LRT semuanya dipenuhi mereka. Kadang-kadang berasa rimas, malah sesetengah dari kita terus berasa takut dengan kelompok ini. Mungkin pegawai atasan kerajaan tidak tahu hal ini sebab mereka pun tak pernah naik publik transport, tetapi bagi kami rakyat biasa, ia adalah sesuatu yang merimas dan menakutkan.  


Kita bukan anti-bangla, bukan juga ingin bersifat perkauman, tetapi kita ini di Malaysia, bukan di Bangladesh! Mengapa kita rakyat Malaysia perlu berasa seolah-olah kita berada di negara asing sedangkan kita di negara sendiri?

Apa yang kerajaan buat? Kita sewenang-wenangnya membawa masuk mereka. Bukan sahaja dari Bangladesh, malah dari negara lain seperti Nepal, Indonesia, Vietnam pun tak terhitung jumlahnya. Mahukah kita menjadi seperti Dubai (Emiriah Arab Bersatu), yang 80% penduduknya adalah pekerja asing dan sedikit sebanyak mula menguasai ekonomi dan politik mereka?

Situasi ini tidak mustahil berlaku di Malaysia.

0 ulasan:

Post a Comment

Copyright © 2014 MARKET & BOOKU.COM